Monday 11 March 2024

SALAM RAMADHAN al-MUBARAK 1445H!!!




Kepada sahabat pembaca yang beragama islam, 
kami di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 
selamat menunaikan ibadah puasa pada hari Selasa ini.
Bagi yang dah pernah baca entry sebelum2 ni, syasya ade update pasal perniagaan kami.
Di bulan Ramadhan ini kami membukan slot tempahan untuk INFAQ RAMADHAN.
Kepada sesiapa yang berminat untuk infaq tapi tak tahu nak infaq ape...jom membuat tempahan Nasi Lemak Warisan bersama kami. Anda bayar, kami hantarkan N.Lemak Warisan ke Masjid berdekatan.
Senarai menu boleh pilih seperti dalam gambar dibawah.

 




Selain tu, kami juga ada menjual KURMA AJWA MADINA, yang juga sesuai dijadikan untuk infaq/sedekah, ikhtiar kesihatan, atau makanan kudapan harian..boleh rujuk gambar untuk info harga. 



Nak tahu tak, Kurma Ajwa Madinah juga dikenali sebagai kurma Nabi. Ibnu Munzir di dalam buku Lisan al-Arab menyebut bahawa kurma ajwa adalah merujuk kepada jenis kurma yang berasal daripada pokok yang di tanam baginda Nabi Muhammad SAW. Masya Allah..jadi jangan tunggu lagi, jom grab bersama kami untuk merasai kurma Ajwa Madinah ini.

"Sesiapa yang memakan 7 biji kurma ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya hari tersebut. "

(HR al-Bukhari: 5445 dan Muslim: 2047)



_______________________________________________________________

Untuk membuat pesanan boleh je terus klik 👉 SYAHAR SHOP

_______________________________________________________________

 

Friday 8 March 2024

KEK PELANGI KUKUS




Good morning korang!!
Kali ni muncul lagi 1 resepi. Syasya save kat sini siap-siap.
Haaa... namanya Kek Pelangi Kukus Sukatan Cawan Mudah & Sedap gituww. Amboi!!
Tengok warna pon dah tertarik...Anak-anak kecil mesti suka..boleh la buat time raya nanti😋.
Tips untuk buat kek ni kena pakai pewarna yang terang-terang yea kalau nak hasil cantik.
Resepi ni sesuai untuk anda yang memang suka guna sukatan cawan-cawan ni kan...macam zaman mak2 kita..

Bahan-Bahan:

4 biji telur
200gm gula halus
1 sudu teh ovellete
200gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
100ml santan
100ml minyak masak/butter yang telah dicairkan
Esen vanila Perisa dan pewarna


Cara-Cara:

Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur,gula dan ovellete hingga kembang dan putih.
Masukkan tepung, mix sebati.
Kemudian masukkan esen vanila, santan. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan minyak. Gaul hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian dibiarkan tanpa warna.
2 lagi bahagian diwarnakan dan diletak perisa yang disukai.
Gris loyang saiz 7, kemudian masukkan satu adunan kukus selama 10-15 minit.
Kemudian tuangkan adunan yang kedua, kukus selama 10-15 minit.
Akhir sekali tuang adunan yang ke tiga, kukus selama 20-25 minit.
Pastikan kukusan dipanaskan terlebuh dahulu menggunakan api sederhana.

Selamat mencuba!!



Info resepi: Zaky Mat Ali 

KOKTAIL BUAH YANG SEDAP & SEGAR!!





Selamat pagi sahabat pembaca di luar sana!!!!
Lama tak update blog ni..lagi 3 hari kita bakal menyambut Ramadhan insya Allah..
So ape lagi kennn...syasya nak share resepi2 mudah dan sedap yang kita bole buat sepanjang bulan puasa ni..
Ade yang syasya belum pernah cuba lagi.. tu yang terus simpan kat blog ni..mana tau nanti senang-senang boleh la buat...hehe 😁
Kata penulis, resepi air ni teramat sedap!! ape lagi jom ler buat!!


Bahan- bahan:

Satu tin susu sejat
Setengah tin susu pekat
Satu tin buah laici
Satu biji buah naga
Dua biji buah mangga
Cincau
Ais


Cara-caranya:

Potong buah naga &mangga
Potong cincau bentuk dadu dan ke tepikan
Susu pekat dibancuh bersama 2 cawan air panas. 
Tambah lagi dua cawan air.
Masukkan susu cair dan laici. Kacau sehingga sebati.
Masukkan buah naga dan magga, serta cincau.
Akhir sekali masukkan ais secukupnya. 
Gaul rata, sedia untuk dinikmati.  

*boleh kurangkan sukatan susu pekat seandainya tidak suka manis.


Info resepi: Zaky Mat Ali